Siakap Keli

Koronavirus: Kerajaan Hong Kong Isytihar Darurat Virus, Batal Semua Acara Rasmi Tahun Baru Cina

Hong Kong telah bertindak mengisytiharkan darurat virus serta membatalkan semua sambutan Tahun Baru Cina susulan penularan wabak koronavirus dari Wuhan.

“Pada hari ini, saya mengisytiharkan darurat di negara ini,” ujar pemimpin eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. 

Lam berkata semua lawatan rasmi ke tanah besar China dan sambutan rasmi Tahun Baru Cina akan dibatalkan serta merta.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pihaknya telah meminta bantuan daripada Majlis Negara China bagi memastikan bekalan topeng muka mencukupi.

Pihak berkuasa Hong Kong telah mengesahkan bahawa sebanyak 5 kes positif dan 122 orang yang disyaki dijangkiti dengan koronavirus telah dikenal pasti di negara itu.

Menurut Lam, satu acara larian marathon yang melibatkan 70,000 orang serta kerajaan pada 8 dan 9 Februari ini juga terpaksa dibatalkan susulan daripada wabak itu.

Cuti persekolahan pula akan dilanjutkan sehingga 17 Februari, katanya. Hong Kong juga turut menggantung penerbangan serta perkhidmatan kereta api ke Wuhan serta merta. Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini menyatakan bahawa bilangan kes positif yang terjadi di negara itu telah meningkat dari 2 kepada 5 kes.

Sumber: Bangkok Post

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.