Siakap Keli
Kredit: Bernama

Koronavirus: Pejabat Kesihatan Langkawi Tempatkan Petugas Di 5 Lokasi

LANGKAWI, 26 Jan (Bernama) — Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menempatkan petugasnya di lima lokasi sekitar pulau pelancongan ini untuk melaksanakan proses saringan ketibaan pelancong, susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia ketika ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mohd Lutpiyudin Azidin berkata lokasi itu adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, Terminal Feri Kuah, Awana Porto Malai, Dermaga Tanjung Lembung dan Telaga Harbour Park.

“DI LTAB Langkawi pemeriksaan dilakukan menggunakan thermal scanner manakala pemeriksaan di empat lagi lokasi iaitu laluan ketibaan antarabangsa Terminal Feri Kuah, Dermaga Tanjung Lembong, Awana Porto Malai dan Telaga Harbour Park menggunakan alat pemeriksaan suhu badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus LTAB Langkawi Jefry Ramli berkata terdapat sekurang-kurangnya empat hingga lima penerbangan antarabangsa sehari tiba di lapangan terbang itu.

“Penerbangan antarabangsa ke Langkawi melibatkan Scoot Airlines dan AirAsia dari Singapura; Malindo Air dari Chengdu, Kunming, Ningbo dan Nanjing, China; Qatar Airways dari Doha, Qatar serta TUI Airways dari Manchester, Birmingham dan Gatwick di United Kingdom.

“Pihak LTAB Langkawi dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi sememangnya bekerjasama dalam memantau wabak ini menerusi pintu masuk antarabangsa di lapangan terbang ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: