Siakap Keli

(Video) Koronavirus: China Sekat Aktiviti Jualan Hidupan Liar Di Pasar Seluruh Negara

China pada hari ini (26 Januari) mengumumkan sekatan bagi sebarang penjualan yang melibatkan hidupan liar di pasar, pasaraya, restoran dan platform e-dagang susulan daripada penularan wabak koronavirus, kata Kementerian Pertanian dan biro perhutanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menternak, mengangkut atau menjual spesis hidupan liar akan diharamkan “berkuatkuasa dari tarikh pengumuman dibuat sehingga situasi wabak yang tercetus ini berakhir,” tulis kenyataan tersebut.

Ular, burung merak, buaya dan pelbagai lagi spesis haiwan boleh ditemui dijual di Taobao, sebuah platform e-dagang yang dikendalikan oleh Alibaba.

Mana-mana tempat yang menternak hidupan liar ini harus diasingkan, kata kenyataan itu.

Larangan itu akan berkuatkuasa bermula hari ini.

Virus tersebut yang telah menjangkiti lebih daripada 2,000 orang di seluruh dunia dan meragut 56 nyawa warga China setakat ini, dikatakan berpunca daripada sebuah pasar di Wuhan yang menjual daging hidupan liar secara haram.

Virus tersebut dilaporkan telah tersebar ke beberapa bandar besar di China termasuklah Beijing dan Shanghai. Selain dari itu, antara negara luar yang turut dijangkiti dengan wabak ini juga adalah Singapura, Amerika Syarikat, Thailand Korea Selatan dan lain-lain lagi.

Sumber: CNA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.