Siakap Keli

“Bukan Semua Koronavirus Adalah Wuhan Koronavirus,” Dikenal Pasti Sejak 60-an, Doktor Perjelas Asal Usul Wabak Ini

Virus yang telah membunuh 80 orang penduduk di Wuhan terus menjangkiti lebih ramai mangsa sehingga beberapa bandar di wilayah itu dikuarantin menyebabkan kenderaan tidak dibenarkan keluar masuk dan pergerakan dibataskan.

Virus ini dikatakan telah tersebar ke 14 buah negara dari pelbagai benua termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Malaysia.

Terbaru, seorang indvidu bergelar doktor melalui laman Twitter miliknya menceritakan asal usul disebalik nama wabak Koronavirus ini.

Virus ini sekali gus menyebabkan kegusaran seluruh dunia kerana mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang telah membunuh ratusan mangsa di China dan Hong Kong pada 2002 dan 2003.

Sumber: Twitter Shazwan Sazali, Channel News Asia

Nur Farra