Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

”Doakan Keselamatan Kami..” Warga Hospital Sg Buloh Pohon Doa Rakyat Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat kes novel koronavirus telah dikesan di Malaysia setakat hari ini.

Seperti sedia maklum, Hospital Sungai Buloh menjadi tempat rawatan untuk prosedur dan pemeriksaan sepatutnya di mana menjadi makmal kawalan penyakit berjangkit berbahaya di negara ini.

Susulan itu, ramai kakitangan perubatan termasuklah doktor dan jururawat mengharapkan doa rakyat Malaysia demi keselamatan mereka ketika menjalankan tugas.

Dr Sarah Aishah Suhaidi melalui satu hantaran di Twitter, memohon doa kepada semua agar pasukan perubatan berada dalam keadaan selamat.

Doakan semua staff kesihatan selamat

Rata-rata netizen turut tampil membanjiri ruangan komen dengan bersama-sama berdoa agar Allah melindungi semua kakitangan perubatan.

Besar pengorbanan doktor demi keselamatan rakyat Malaysia

Mengulas mengenai mengapa individu yang mengalami jangkitan koronavirus dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Norhidayah Aziz melalui facebooknya tampil memberi penjelasan.

Kenapa coronavirus infected hantar ke sungai buloh? Kenapa tak hantar balik China?

1) Sg Buloh ada Makmal Kemudahan Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK). Kuman nCoV ini kuman novel. Erti kata lain ia kuman coronavirus yang telah bermutasi menjadi kuman baru yang dunia tak pernah jumpa sebelum ini. Kuman ini dipanggil “exotic virus” kerana tidak ada ubat SPESIFIK untuk merawat mahupun vaksin untuk mencegah. Makmal ini juga adalah makmal kawalan penyakit berjangkit berbahaya seperti SARS, MERS dan EBOLA.

2) Makmal makmal biologi dunia diklasifikasikan kepada 4 tahap berbeza. Bio-Safety Level 1 (BSL 1) untuk kuman biasa biasa. Seperti kuman jerawat pada muka. Atau kuman di celahan tahi gigi yg biasa biasa saja. Semakin berbahaya predictive mikroorganism di dalam sesuatu sample, semakin tinggi tahap BSL untuk mengendalikannya. Yang paling tinggi ialah BSL 4. Makmal ini mengendalikan exotic pathogen, seperti 2019-nCoV.

3) Oleh itu, anda tidak boleh sewenang wenang menghantar sample darah pesakit ke makmal BH atau makmal KPJ atau mana mana makmal hospital kerajaan yang tidak ada kepakaran kawalan penyakit berjangkit. Mereka tidak ada SOP, BUILT-IN FACILITY dan kepakaran staff utk mengendalikan exotic virus. Oleh itu, sample darah pesakit perlu dihantar ke makmal kesihatan awam kebangsaan, lokasinya di sungai buloh.

4) Suspected 2019-nCoV tidak menunjukkan simptom ketika memasuki negara ini. Hanya apabila berada di dalam negara mereka menunjukkan simptom jangkitan. Maka KKM mengambil langkah kuarantin dan menghantar pulang warganegara China yg negatif 2019-nCoV

5) Kenapa tak hantar balik semua? Persoalan yang perlu tanya diri sendiri. BAGAIMANA? Bagaimana kita boleh hantar pulang pesakit yg dijangkiti, perumah kepada ribuan mungkin jutaan sel virus tanpa merisikokan orang disekeliling? Proses penghantaran meliputi kawasan darat dan laut. Dalam dan luar negara. Bagaimana jika berlaku unexpected “casualties”? Melainkan kita ada kapal terbang pandu sendiri atau kapal selam tenggelam sendiri yang 100% dijamin sampai ke destinasi tanpa risiko tidak diingini didalam mahupun luar malaysia? Sedangkan disini, mereka dirawat dan DIKUARANTIN.

6) Bukan mudah mengendalikan exotic virus. Bertenang wahai rakyat. Nelfinavir protease inhibitor utk HIV virus difahamkan berkesan. Berdoa pada tuhan, ambil langkah langkah pencegahan.

Sumber : Dr Siti Sarah Aishah SuhaidiNorhidayah Aziz

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra