Siakap Keli

Konon Barang Dari China Tak Selamat, Doktor Kecewa “Private Message” Disalaherti, Disebar Tanpa Izin

Susulan daripada kenyataan atau penulisan yang dikeluarkan oleh seorang doktor, konon barangan daripada China tidak selamat digunapakai, doktor kecewa “private message” disalaherti dan turut disebarkan tanpa izin.

Terbaharu, doktor Muhammad Izzat mengeluarkan satu kenyataan sekali dengan salinan surat laporan polis berkaitan dengan isu yang tular baru-baru ini.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Atas saranan pengamal undang-undang serta kenalan rapat ( yang juga pengamal undang-undang), saya nak maklumkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak, bahawa terdapat salah faham dalam posting yg viral mengenai barang dari China tidak selamat dan tak boleh diguna pakai.

Segala perkongsian saya di fb messenger, twitter, whatsapp, insta message, tiktok, wechat, kakao talk, skype atau sebarang platform media sosial yang melibatkan pelbagai pihak sama ada wartawan mahupun bukan wartawan yang berupa pendapat peribadi atau private message TIDAK SEHARUSNYA di share untuk tatapan dan bacaan umum TANPA mendapat kebenaran BERTULIS daripada saya sendiri.

Setiap posting yg akan keluar ke media yang terpampang nama dan gambar saya, akan ditapis oleh saya sendiri sebelum menjadi bacaan umum. Segala media yang pernah bekerjasama dengan saya tahu dan sedia maklum etika kewartawanan yg terpuji ini. Misalnya Siakap Keli yang kebiasaanya meminta kebenaran dari saya terlebih dahulu sebelum berkongsikan apa-apa.

Laporan polis ini dibuat untuk melindungi diri, profesyen saya serta kredibiliti saya dan BUKAN sekali-kali untuk tindakan undang-undang.

Walaubagaimanapun, jika berlakunya kesulitan pada masa hadapan yg menjejaskan kehidupan saya dan keluarga saya serta impak buruk kepada masyarakat amnya, barulah saya berfikir untuk tindakan sivil.

Saya tak mintak pun untuk dikenali, saya tak mintak pun untuk jadi public figure, saya takde bisnes untuk di promote, saya tiada kepentingan peribadi untuk dikenali.

Tapi saya pilih untuk berkongsi info dan ilmu yg ada, tetapi telah disalahertikan sehingga menjejaskan kredibiliti saya sebagai pengamal perubatan.

Tolong doakan sekalian sahabat FB saya yg budiman.

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)