Siakap Keli

Koronavirus Boleh Membunuh 65 Juta Orang Dalam Tempoh 18 Bulan – Pakar

Pakar menjangkakan puluhan juta orang boleh terkorban sekiranya koronavirus tersebar ke skala yang lebih besar.

Seorang pakar di John Hopkins Center for Health Security telah menjalankan simulasi apabila koronavirus mencapai skala yang lebih besar di mana hasilnya 65 juta orang boleh mati dalam tempoh 18 bulan.

Malah, tiga bulan sebelum virus melanda, mereka telah melakukan simulasi untuk wabak yang berjangkit di mana ianya turut melibatkan koronavirus.

Difahamkan, pada awal 2000-an, koronavirus telah menyebabkan sindrom pernafasan akut yang teruk di China di mana telah menjangkiti sekurang-kurangnya 8 ribu orang dan mengorbankan seramai 774 orang.

China sendiri juga telah menetapkan status darurat terhadap virus ini di mana menunjukkan ianya berada di tahap yang serius.

Manakala, WHO dan negara-negara di dunia masih meneliti dengan lebih lanjut mengenai penyebaran virus ini yang dikatakan hampir sama dengan SARS.

Memetik sumber, langkah bagi meghadapi koronavirus adalah hanya dengan menciptakan vaksin yang masih berada dalam kajian.

Sumber : CNN Indonesia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.