Siakap Keli

Koronavirus : China Sahkan Kematian Meningkat Kepada 106 Orang

Wabak penyakit berjangkit koronavirus dari Wuhan telah mengorbankan 106 nyawa dan merekodkan lebih 4,000 kes disahkan di seluruh negara setakat jam 10 pagi, hari ini.

Menerusi statistik rasmi yang dikeluarkan oleh media China, kadar kematian meningkat seramai 26 orang dan 1,400 kes baru jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Kebanyakan kes berlaku dari wilayah Hubei iaitu pusat wabak di mana 24 kes kematian dan 1291 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Manakala, dua lagi kematian yang lain berlaku di Beijing dan Hainan, masing-masing kes kematian pertama di kedua-dua wilayah.

Wilayah Guandong kini hampir mencecah 200 kes di mana 188 kes jangkitan telah dilaporkan. Tujuh wilayah lain telah melaporkan lebih daripada 100 kes.

Difahamkan, satu-satunya kawasan yang tidak terjejas dan mengalami jangkitan adalah wilayah Tibet.

Kesemua ini merupakan antara 6,973 kes yang disyaki di seluruh negara, di mana peningkatan sebanyak 1,000 orang.

Sementara itu, terdapat 58 orang yang dilaporkan sembuh daripada virus itu dan dibenarkan untuk keluar hospital.

Sumber : shanghaiist

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra