Jangkitan koronavirus di beberapa negara termasuk Malaysia ternyata membimbangkan ramai. Angka korban di China telah meningkat kepada 106 dan Malaysia sendiri sudah menerima empat kes positif jangkitan.
Pelbagai isu dan spekulasi timbul mengenai virus ini terutamanya dalam kalangan netizen di media sosial.
Tampil memberi pandangan, Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi dalam satu kenyataan di Twitter miliknya.
Mesti Malaysia ada buat benda-benda tak baik ni
Warganet yang dilihat tidak berpuas hati dengan kenyataan yang disifatkan sensitif itu, memenuhi ruangan komen dengan mengecam tindakan Zed Zaidi yang dianggap sebagai tidak wajar.
Jangan malukan industri
Tak rasa penat ke jadi bodoh?
Patut bersyukur sebab tinggal di Malaysia
Sumber : Twitter @rozaidijamil