Siakap Keli

Suami Isteri Sukarela “Make Over” Kelas Anak, Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan cara guru mengajar dalam kelas menjadi penyumbang kepada mudahnya seseorang murid itu faham dalam pembelajaran.

Namun, suasana serta keadaan kelas mampu untuk memberi aura serta semangat kepada pelajar untuk belajar.

Ikuti kisah sepasang suami isteri yang berusaha melakukan projek pembersihan serta mencantikkan kelas anak mereka.

Menerusi laman Twitternya sendiri iaitu, @akhifairuz_, beliau berkongsi proses serta hasil kelas anaknya selepas dibersihkan oleh beliau dan isterinya.

“Sayang, kita kena buat sesuatu ni. Kesian betul tengok kelas anak.” Wife terus setuju. Terus kami nyatakan hasrat kepada guru kelas untuk cantikkan kelas. Beliau teruja dan bersetuju. Maka, bermulalah projek pembersihan serta mencantikkan kelas anak kami ni.

Ok, jom kita mula!

 

Dalam masa yang sama, dok fikir jugak macam mana aku nak settlekan semua ni. Dinding ada yang terkopak, tingkap penuh dengan benda bergantung, almari belakang terkopak sana sini. Banyak juga ni nak kemas, kata aku di dalam hati.

Ok, dinding terkopak depan tu kami tutup pakai wallpaper. Segala yang terlekat di dinding dan tingkap kami cabut. Settle!

Cat pulak kami pilih warna hijau gini. Nak kasi ceria sikit. Kelas budak darjah 1 kan.

Sekarang timbul satu lagi masalah. Macam mana kami nak settlekan benda ni pulak. Rasa nak buang keluar je, beli je yang baru. Tapi nanti bertambah lagi kos. Huhu. Dan akhirnya kami dapat idea. Pack je segala tok nenek yang ada di almari dan lepas tu kita cat dia.

Meja pulak kami pasang kertas bewarna dan plastikkan dia.

Then, kita pasangkan skirt pada meja tadi. Yeayy!!
Then pasang pulak langsir. Beli Selasa minggu lepas kat JAKEL, hari ni baru dapat siap, sekali dengan skirt meja. Lega!
Yeayyy! Dah siap! Inilah dia kisah Tahun Baru Cina kami. Orang lain pakat balik kampung dan bercuti, tapi kami bercuti di sekolah je. Hehe Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada banyak pihak. Bab pendidikan anak-anak, usahlah kedekut. Kita hulur je selagi mampu Inshaallah.

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)