Siakap Keli
Gambar: Bernama

Taman Tema Maps Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini

IPOH, 28 Jan ā€” Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.

Pada 4 Dis lepas, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra