Siakap Keli

Tekanan Mungkin Punca Rambut Korang Beruban Di Usia Muda – Kajian

Rambut merupakan salah satu aset penggayaan yang penting buat seseorang yang mementingkan penampilan diri. Sudah pasti generasi masa kini suka menggayakan rambut dengan pelbagai gaya mengikut trend terkini.

Rambut juga merupakan mahkota bagi setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan. Jika sesuatu terjadi pada rambut, ianya tentu akan merosakkan keseluruhan penampilan kita. Salah satunya adalah uban.

Menurut Chieh Hsu, profeser dari Harvard University menyatakan bahawa rambut berubah menjadi kelabu bukanlah faktor umur, namun mengikut kajian ia berlaku disebabkan oleh tekanan.

Dalam kajian yang dilakukan, perubahan warna rambut berkaitan dengan sistem saraf simpatetik. Saraf berperanan mengawal semua proses badan seperti kadar denyutan jantung, pernafasan, dan pencernaan. Sistem saraf simpatik boleh berkait rapat dengan tindak balas tekanan seseorang. Perkara ini boleh membawa kesan rambut berubah menjadi kelabu.

Sel-sel yang disasarkan oleh sistem saraf simpatik adalah warna rambut yang menghasilkan sel-sel di bawah folikel rambut. sel-sel melanocyte, sel-sel ini akan aktif apabila rambut baru tumbuh di folikel. Sel rambut kemudian membahagi dan menghasilkan sel-sel pigmen yang membawa perubahan kepada rambut.

Menurut Hsu, bahan kimia yang digunakan boleh membawa kepada noepinefrin yang membawa pada peningkatan pengecutan otot, termasuk di dalam hati.

Sebagai tindak balas kepada norepinephrine, sel melanocyte akan meramalkan rantaian pigmen, sel-sel ini akan membawa kepada perubahan warna rambut. Sel Melanocyte adalah penting untuk mengekalkan sel-sel penghasil pigmen dalam folikel rambut.

Sumber: CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)