Siakap Keli

Terkini: German Catat Kes Pertama, Singapura Sahkan Kes Kelima Koronavirus

Terbaru, Jerman telah mengesahkan kes pertama bagi virus Wuhan, wabak coronavirus yang telah menyerang ribuan orang dan membunuh puluhan orang setakat ini.

Berita ini menjadikan German sebagai negara kedua Eropah yang telah terlibat dalam wabak ini selepas Perancis.

Kes pertama di negara itu adalah melibatkan seorang lelaki dari daerah Starnberg di Bavaria yang disahkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan Bavaria di Munich.

Kes pertama bagi Jerman ini menyebabkan bilangan negara yang terjejas meningkat kepada 17 buah negara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Singapura hari ini telah mengesahkan kes import kelima jangkitan Koronavirus di negara itu. Kes terbaru itu melibatkan seorang wanita warga China berumur 56 tahun dari Wuhan.

Wanita itu sedang menerima rawatn di bilik isolasi di National Centre for Infectious Diseases (NCID) dan keadaannya stabil.

Memetik laporan, wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom semasa dalam penerbangan ke Singapura. Suspek hanya menunjukkan simptom pada 24 Jan, dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Tan Tock Seng pada 26 Jan lalu.

Sumber: CGTN / Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.