Siakap Keli
Foto: Twitter Globaltimes

(Video) Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang merupakan suspek jangkitan novel koronavirus selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Wilayah Wuhan.

Walaupun doktor yang merawat masih memakai pakaian perlindungan hazmat namun, kegembiraan yang dilontarkan tidak dapat dilindung.

Wanita yang berusia 28 tahun itu masih dirawat dihospital berkenaan selepas melahirkan bayi kerana pihak hospital masih tidak dapat sahkan jangkitan tersebut.

Menurut petikan The Jerusalam Post, bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan itu seberat 3.1kg telah dihantar ke rumah dengan segera untuk mengelakkan daripada terdedah dengan bahaya virus tersebut.

“Saya hanya mahu bayi saya sihat,” kata wanita berusia 28 tahun itu.

 

Sumber: The Jerusalem Post

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)