Siakap Keli

(Video) Lelaki ‘Misteri’ Masuk Sebuah Balai Polis Di China Tinggalkan Berkotak-kotak ‘Mask’

Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 106 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan, antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengurangkan risiko berjangkit.

Menerusi satu perkongsian di Twitter CGTN, seorang lelaki melakukan tindakan yang sangat murni sehingga mendapat tabik hormat sebagai penghargaan.

Daripada rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat memasuki kawasan balai polis di Wilayah Anhui Timur China dengan membawa beberapa kotak. Sebaik tiba di dalam, dia meletakkan kotak tersebut dengan pantas dan segera beredar.

Kandungan yang terdapat dalam kotak tersebut adalah 500 topeng muka yang boleh digunakan untuk mencegah virus daripada dijangkiti. Dua orang anggota polis yang sedar akan perkara itu cuba mengejar namun lelaki itu terus beredar.

Sebagai tanda penghargaan, dua orang anggota polis tersebut telah memberikannya tabik hormat di hadapan balai polis berkenaan. Tindakan lelaki tersebut sememangnya wajar diberi penghargaan dan pujian daripada orang ramai.

Sumber: CGTN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra