Siakap Keli

6,000 Burung Migrasi Iran Mati Dipercayai Keracunan Makanan

Ribuan burung migrasi telah ditemui mati di rizab alam penting di pesisir pantai Caspian di Iran sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli alam sekitar.

Akhbar Ebtekar melaporkan bahawa bilangan bangkai meningkat pada setiap hari sepanjang seminggu iaitu dari 2,000 kepada 6,000.

Kredit Foto: The Iran Project

Ketua doktor haiwan di Mazandaran, Seyed Hossein Razvani, memberitau bahawa bilangan dan pelbagai burung migrasi yang mati serentak kelihatan sangat ‘tidak normal’.

Siasatan yang dilakukan oleh suruhanjaya khas dari Tehran mengesahkan kecurigaannya apabila burung-burung tersebut didapati mati dipercayai akibat keracunan makanan khususnya botulisme burung yang tersebar disebabkan oleh penggunaan ulat serta sering dikaitkan dengan kenaikan suhu air.

Kredit Foto: Dreamstime.com

Pertubuhan Veterinar Negara dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar kemudian mengarahkan supaya kawasan itu melakukan langkah-langkah pembendungan kebersihan.

Jabatan Alam Sekitar Mazandaran juga mengharamkan pemburuan burung-burung migrasi dan penjualan mereka di bandar-bandar berdekatan memandangkan ketidakpastian sama ada kematian besar-besaran menimbulkan bahaya kepada kesihatan manusia.

Sumber: BBC

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.