Siakap Keli

Bangladesh Akan Beri Pendidikan Formal Buat Anak-Anak Etnik Rohingya

Berita gembira bagi pelarian Rohingya apabila Bangladesh akan menyediakan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Perkara tersebut menjadi kejutan dan kegembiraan buat mereka selepas dua setengah tahun terpaksa melarikan diri dari Myanmar.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan untuk hampir setengah juta kanak-kanak Rohingya untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Pihak mereka akan menyediakan persekolahan sehingga usia 14 tahun dan latihan selepas itu sebagai tempat pembelajaran tidak rasmi untuk kanak-kanak yang lebih muda.

Lebih daripada 730,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar selepas tindakan keras yang diketuai tentera pada tahun 2017. Memaksa mereka tinggal di kem-kem kosong di sempadan Bangladesh. Penyiasat PBB menyimpulkan bahawa kempen ketenteraan telah dilaksanakan dengan “maksud genosida”.

Bangladesh tidak mengiktiraf majoriti pelarian dan tidak mengeluarkan sijil kelahiran bagi mereka yang dilahirkan di kem, menjadikan status undang-undang mereka tidak jelas.

Tahun lepas ia mengusir sejumlah mereka dari sekolah tempatan, dengan mengatakan mereka menggunakan kad pengenalan palsu Bangladesh.

Menurut Alam Talukder, pesuruhjaya pelarian dan repatriasi Bangladesh, kanak-kanak Rohingya akan diajar di pusat pembelajaran yang sedia ada.  Terdapat beberapa sekolah akan ditambah dan dibina , dengan guru-guru yang direkrut melalui NGO.

Sumber: Reuters

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: