Kini, jumlah kes Novel Koronavirus yang sedang melanda di seluruh China dilaporkan telah melepasi jumlah kes SARS yang telah berlaku pada tahun 2003 di negara itu.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata pada hari Rabu angka kematian wabak Koronavirus meningkat kepada 132 pada lewat hari Selasa dengan mencatatkan 1,459 lagi kes baru telah disahkan.
As of early Wednesday morning, total confirmed cases of #novelcoronavirus nationwide surpassed that of 2003 SARS epidemic pic.twitter.com/W9d6eLhftY
— Global Times (@globaltimesnews) January 29, 2020
Jumlah wabak Koronavirus yang disahkan pada hari Selasa di China kini berjumlah 5,974 menurut satu kenyataan daripada pihak berkuasa. Kini, bilangan kes yang disyaki Novel Coronavirus adalah 9,239.
Menurut laporan, wabak SARS pada 2002-2003 secara keseluruhannya telah mencatatkan jumlah kes sebanyak 8437 kes yang mana telah menyebabkan 813 kematian.
#BREAKING China confirms 5,974 virus cases, exceeding nation's SARS total pic.twitter.com/GPNwZDdUuf
— AFP news agency (@AFP) January 29, 2020
China merupakan kawasan yang paling banyak mencatatkan wabak penyakit SARS iaitu sebanyak 5,327 kes SARS di mana 343 meninggal dunia pada 16 November 2002 hingga 11 Jun 2003.
Kini jumlah wabak Koronavirus kini yang telah disahkan di seluruh negara telah melepasi jumlah penyakit SARS yang melanda pada tahun 2003 yang lalu.
Sumber: Aljazeera, Science Direct