Siakap Keli

“Bilik On Call Jadi Riuh Dan Bising,” Doktor Kongsi Kisah Seram Di Hospital Lepas Jam 12 Malam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keadaan badan yang penat serta letih oleh kerana bekerja sepanjang hari membuatkan seseorang itu senang atau mudah diganggu oleh ‘makhluk’ lain.

Begitu lah juga dengan apa yang dialami oleh seorang doktor ini.

Ikuti perkongsian Doktor Nurul Yaqeen yang menceritakan tentang pengalaman seram yang dialami di bilik oncall beberapa tahun dahulu.

Saya ingin berkongsi suatu kisah yang boleh dijadikan iktibar yang pernah saya alami ketika bertugas di sebuah hospital kerajaan beberapa tahun dahulu..

Ketika itu, saya sedang melakukan tugasan oncall dan terpaksa bermalam di hospital kerana terdapat 3 kes kritikal di ICU dan terdapat beberapa kes baru yang dimasukkan ke wad selepas jam 12 malam

Setelah selesai melaksanakan tugas merawat pesakit-pesakit tersebut, saya pun cuba merehatkan badan di atas katil. Jam menunjukkan jam 2 pagi.

 Suasana bilik oncall menjadi riuh dan bising

Saya berasa amat letih dan mengantuk. Namun begitu, agak sukar untuk saya melelapkan mata, kerana tiba-tiba suasana di bilik oncall tersebut menjadi sangat riuh dan bising. Seolah-olah ada pesta keramaian di situ. Seolah-olah ada beratus-ratus orang sedang berada dan bercakap-cakap sesama mereka di dalam bilik yang kecil itu. Walhalnya, hanya saya seorang sahaja yang sedang berada di dalam bilik itu pada waktu tersebut.

Saya berasa sangat aneh. Adakah saya berhalusinasi dan mendengar suara yang sebenarnya tidak ada ? Adakah saya mengalami masalah pendengaran pula sekarang ? Mungkinkah gelombang bunyi di bilik ini telah dikuatkan bunyinya oleh gegendang telinga ini ?

Saya hanya mampu beristighfar beberapa kali

Perasaan takut mula menyelinap ke dalam jiwa. Tetapi, oleh kerana terlalu penat, saya hanya mampu beristighfar beberapa kali, dan alhamdulillah saya akhirnya tertidur kepenatan di dalam bilik tersebut.

Keesokan paginya, ketika saya terbangun dari tidur, tiada lagi suasana riuh seperti yang dialami malam tadi. Saya juga berasa lega, kerana tiada kesan cekikan di leher dan tiada kesan gigitan taring di bahagian tubuh. Alhamdulillah. Syukur.

Saya bertanya kepada adik saya, Ustaz Syamil Esa, graduan sarjana shariah yang baru pulang dari Universiti Al Azhar, Mesir. Menurutnya, apa yang saya dengar adalah kemungkinan makhluk halus/syaitan/Jin.

Ustaz Syamil : Kak Yong kene ingat satu je. Benda ni takkan boleh apa-apakan kita. Well, easier said than done, though

Ayah saya juga pernah mengajarkan 2 doa untuk melindungi diri dari gangguan makhluk halus :

Doa 1 : Gambar 1
Doa 2 : Gambar 2

Ketika di sekolah dahulu, Ustazah saya pernah berpesan : Bacalah zikir ma’thurat pada waktu pagi dan petang. Ianya adalah antara perisai diri yang ampuh dari sebarang gangguan, daripada manusia mahupun jin. Alhamdulillah, masih saya amalkan zikir ini ketika memandu kereta pergi kerja di awal pagi dan ketika memandu kereta untuk pulang ke rumah di waktu petang. Mungkin zikir inilah yang telah menyelamatkan saya pada malam itu. Alhamdulillah

Kepada semua para doktor di luar sana, selain mempelajari ilmu perubatan, lengkapkanlah juga diri dengan perisai doa dan zikir. Kerana dunia kita ini terlalu luas. Terdapat banyak lagi makhluk lain yang kita tidak ketahui di luar sana. Selain Corona virus yang kita tidak ketahui sifat-sifatnya dengan jelas, terdapat makhluk ‘halus’ lain juga yang kita tidak tahu sifat-sifat dan perangainya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani yang mampu menyelamatkan dan melindungi kita di dalam situasi yang kita tidak ketahui dan tidak boleh kita kawal

Nota: Hanya kepadaNya kita berserah dan berlindung diri

PS: Doa ini juga boleh digunapakai untuk memelihara diri dari gangguan makhluk halus yang bernama 2019nCoV insyaallah..

Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa
Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru (Respiratori)

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)