Kuala Lumpur : Semua cawangan pejabat Pos Malaysia dan Pusat Pos Laju akan dibuka pada setiap Sabtu, kecuali Sabtu ketiga setiap bulan serta cuti umum bermula 1 Feb ini.
Pos Malaysia menerusi akaun Facebook rasminya hari ini bagaimanapun memaklumkan jadual operasi baharu itu tidak termasuk pejabat pos yang terletak di pusat membeli-belah, kios pos laju dan pejabat pos yang beroperasi lima hari seminggu.
Orang awam boleh melayari laman sesawang Pos Malaysia di www.pos.com.my untuk maklumat lanjut berhubung waktu urus niaga.
Sumber : Bernama