Siakap Keli

Jangan Pandang Remeh, Ini 5 Kepakaran Suri Rumah Yang Ramai Tak Perasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi sesetengah orang beranggapan suri rumah ini tidak perlu memikirkan hal kerja. Tak perlu perah otak di tempat kerja atau kena marah dengan majikan. Hanya berada di rumah untuk berkemas dan memasak sahaja.

Padahal, tidak semudah yang kita sangkakan. Seorang suri rumah sangat meletihkan. Ya, cuba fikir semula, mengemas rumah, masak untuk anak dan suami dan paling susah adalah memikir menu makanan setiap hari.

Tetapi ada juga perkara yang korang tidak pernah tahu tentang kepakaran yang ada pada diri seorang suri rumah.

Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif mengenai kepakaran seorang suri rumah yang ramai tidak pernah tahu.

1. Support System terbaik bagi suami

 Personaliti lelaki ni berbeza beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia

2. Personal Assistant terbaik bagi suami

Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat hebat pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri.

Bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami.

3.  Coach terbaik anak anaknya sendiri

Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena ‘manage & coaching’ dengan cara yang berbeza.

Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan ‘Gut Feeling’ mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach terbaik untuk anak anak mereka sendiri.

4. Mediator terbaik pasangan dan anak anak

Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.

Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator terbaik sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri.

Bila dah jadi Mediator terbaik ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka.

5. Specialist mengurus rumah

Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi.

Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah.

“It takes 10,000 hours to master your craft. That’s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years”. – Dr Taufiq Razif

Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun

Kepada semua suri rumah di luar sana, be proud of yourself. Ingat kata kata saya ni ‘ If you don’ t value yourself, you will always attract people who don’ t value you either’.

Bagitahu berita baik ni pada semua suri rumah yang anda kenal ya. Info ni mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama lamanya.

 

Sumber: Dr Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang