Siakap Keli

Kes Pertama Di UAE, 4 Warga China Dipercayai Dijangkiti Koronavirus

Menurut Kementerian Kesihatan UAE, Empat anggota keluarga yang tiba dari Wuhan telah dijangkiti koronavirus dan menjadikan ia kes pertama di Timur Tengah.

Keluarga tersebut dikatakan telah tiba di negara itu pada 16 Januari. Menurut pegawai kementerian kesihatan, salah seorang daripada mereka dikatakan berasa tidak sihat dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan didapati mereka disahkan dijangkiti virus tersebut. Mereka dikatakan berada dalam keadaan yang stabil dan dibawah pemerhatian perubatan.

Kebimbangan terhadap virus penyebaran telah mendorong syarikat penerbangan untuk mengurangkan penerbangan ke China.

Emirates, syarikat penerbangan terbesar UAE, berkata pada hari Rabu penerbangannya akan beroperasi secara normal. Malah pihaknya tidak ada rancangan untuk menggantung penerbangan antara UAE dan China.

Sumber: Reuters

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)