Siakap Keli

Kurang Dapat Perhatian, Remaja ‘Prank’ Ibu Bapa Dakwa Diculik Dan Mata Dicungkil

Seorang remaja bertindak membohongi ibu bapanya dengan mendakwa dirinya telah diculik oleh sekumpulan orang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

Dia juga mendakwa bahawa dirinya diancam penculik sehingga diugut matanya akan dicungkil serta mayatnya akan dibuang ke laut.

Walaupun begitu, ketika disoal siasat oleh pihak polis, remaja berkenaan mengaku hanya membohongi ibu bapanya kerana ingin mendapatkan perhatian.

“Benar, dia melakukan tindakan ini kerana kurangnya kasih sayang daripada orang tuanya”

Penipuannya itu dilihat keterlaluan sehingga mendakwa dirinya telah dibius sebelum dibawa lari penculik.

Setelah semua perkara tersebut terbongkar, pihak berkuasa mengkaji aspek hukuman yang akan diberikan kepadanya dibawah memberi kenyataan jenayah palsu.

Sumber: Kompas.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra