Siakap Keli
Sumber: Cik Anis

“McD Tempat Makan, Bukan Tempat Study,” Jangan Marah Kalau Tak Dapat Fokus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cuba bayangkan dalam keadaan kelaparan untuk singgah di restoran makanan segera tetapi dipenuhi ramai pelajar yang kononnya tengah ‘struggle’ belajar. Apa perasaan anda? Sakit hati bukan?

Jawapannnya ya. Lebih sakit hati apabila pelajar-pelajar tersebut tidak makan tetapi menggunakan kerusi meja yang di restoran tersebut dengan mengambil masa yang berjam-jam. Bukankah setiap universiti atau pusat pengajian telah menyediakan tempat yang lebih selesa untuk belajar?

Untuk pengetahuan semua, trend  ini semakin dilihat menjadi-jadi apabila sesetengah pelajar akan ‘buat muka’ tidak puas hati jika pelanggan lain membuat bising.

Seorang netizen menceritakan pengalaman rasa kecewa di laman Twitternya selepas melihat satu gambar tular di media sosial beberapa hari ini mengenai “McD Tempat Makan Bukan Tempat Study”.

Jadi, 2 orang anak dia ni dok mainla sambil gelak-gelak kat meja diorang tu, dari pandangan aku normal la bebudak memain kan.. nama pon bebudak.. aku tgok je la diorang sambil nak tunggu giliran order.

Tak lama lepastu, ade sekumpulan pelajar mix boys and girls selang 2 table dari meja Chinese family tu around 10 org tengah study. Nampak la dengan laptop, paper work bersepah atas meja dengan memasing ade 1 cup air disis.

Dengan nada agak kasar, ade sorang budak perempuan dari group student tuh sounds Chinese yang tengah gelak-gelak sambil pegang gadget tu.

“Boleh tolong senyap tak? Both of u disturbing our study, kitorang tak fokus..” 

Kuat ye dia sound, semua orang tengok perempuan yang sound tu.

Then mak ayah budak tu pon terus marah anak-anak dia.. Suruh jangan bising-bising. Dan I was like haa?? Then ade sorang akak ni sound budak perempuan tu balik.

“Hello ni tmpt makan kot?! Bukan tempt study. Korang tu yang salah tempat, nak study pergi library.”

Then family Chinese tuh macam taknak keruh keadaan, dia tenangkan akak tu..

” Tak pa tak pa, saya pun sudah mau habis makan nanti kitorang pergi..”

Akak tu cakap balik, ” You stay here… diorang yang sepatutnya pergi sebab sini bukan tempt study sini tempat makan.”

Aku yang dengar ni sumpah puas! Pastu lepas akak tu sound camtu.. bebudak tengah study tu trus kemas-kemas barang diorang then blah..

Memang silap kau la nak sound orang janagn bising, sebab nak hormat kau study.. kau kat McD kot, what do u expect? Kat library boleh la kau sound orang senyap. Sendiri salah pastu sound tak bertempat. Nasib ada akak tuh sound balik, baru kena buku dengan ruas.

Sumber: Cik Anas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)