Siakap Keli

Mungkin Risau Dijangkiti Koronavirus, Penumpang Pakai Topi Keledar Dalam Pesawat

Seorang penumpang bertindak memakai topi keledar sepanjang penerbangannya dari China ke Australia kerana dikatakan bimbang dijangkiti koronavirus.

Penerbangan yang tiba di Australia dari China, setiap penumpang akan diberikan pendedahan pencegahan untuk mencegah diri dari virus tersebut.

Pihak berkuasa China telah mengesahkan pada hari Rabu angka kematian  telah meningkat kepada 16 orang dan kes jangkitan secara keseluruhan telah meningkat kepada 5,974 kes daripada 4,515 kes.

Lebih 600 warga Australia yang terperangkap di China akan dipindahkan secepat mungkin berikutan wabak itu.

Pulau Krismas akan digunakan sebagai pusat kuarantin untuk menempatkan dan merawat mereka yang dijangkiti. Mereka akan dikuarantin di pulau tersebut selama 14 hari.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.