Siakap Keli

(Video) Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi 7.7 Magnitud Landa Caribbean

Gempa bumi besar dengan 7.7 magnitud di Caribbean mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara termasuk di Jamaica, Cuba dan kepulauan Cayman pada Selasa semalam.

Pusat Amaran Pasifik Tsunami Amerika Syarikat Cuaca Kebangsaan mengeluarkan ancaman gelombang tsunami yang mencapai kira-kira 0.3 hingga satu meter, atau sekitar satu hingga tiga kaki di atas paras pasang surut bagi beberapa pantai berhampiran.

Menurut Suruhanjaya Geologi AS, gempa yang melanda pada pukul 2.10 minit itu berlaku di selat antara Jamaica dan Cuba.

Episentrumnya adalah kira-kira 72 kilometer barat laut Lucea, Jamaica dan 87 kilometer barat daya Niquero, Cuba dengan kedalaman 6.2 kilometer.

Semua sekolah dan bangunan di Jamaica dan Cuba dikosongkan selepas orang ramai melaporkan bahawa ada goncangan pada permukaam bangunan untuk beberapa minit.

Gempa juga turut dirasai sejauh Miami di mana setiap bangunan pencakar langit dikosongkan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran yang mengingatkan bahawa gelombang hingga 3.5 kaki di atas paras air normal mungkin di sepanjang pantai Belize, Cuba, Honduras, Mexico, Jamaica dan kepulauan Cayman.

Tiada kematian atau kecederaan yang dilaporkan dan sejauh mana kerosakan yang dialami masih lagi tidak tidak dapat dipastikan dengan imej yang baru menunjukkan ‘sinkholes’ besar terjadi di sebuah jalan raya di Pulau Cayman.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story