Siakap Keli

(Video) Australia ‘Diserang’ Nyamuk ‘Gergasi, Pakar Beri Amaran Potensi Wabak Penyakit

Selepas beberapa bencana yang melanda bumi Australia, kebimbangan komuniti setempat nampaknya belum berakhir.

Perkara ini ekoran daripada penemuan nyamuk bersaiz besar bersamaan saiz syiling 20 sen.

Toxorhychites atau lebih dikenali sebagai nyamuk gajah dilaporkan ditemui berhampiran Gold Coast di Queensland di Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters.

Serangga ini dikatakan boleh membawa wabak penyakit menerusi virus Ross River yang tiada penawarnya.

Nyamuk gajah hampir lima kali saiznya berbanding nyamuk biasa tetapi mereka memakan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

Ia ditemui di halaman Killara di Gold Coast, sebuah rantau yang mengalami peningkatan populasi nyamuk biasa.

Pihak berkuasa telah melakukan semburan pencegahan di kawasan-kawasan tumpuan bagi menangani kebimbangan komuniti setempat. Cuaca dan banjir yang berlaku baru-baru ini juga dikatakan mendorong penyebaran virus Ross River.

Wabak terakhir daripada serangga yang pernah berlaku adalah pada tahun 2015 di mana hampir 700 jangkitan yang tidak boleh disembuhkan.

Sebelum ini, Australia mengalami bencana hebat melalui kebakaran dasyat, hujan lebat, dan banjir kilat yang telah memusnahkan pelbagai harta benda. Namun, bencana tersebut tidak terhenti selepas dilaporkan nyamuk pembawa virus ini pula ditemui.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra