Perintah kuarantin di beberapa bandar dalam wilayah Hubei termasuk Wuhan membuatkan penduduk tempatan terpaksa berkurung di rumah masing-masing.
Mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan orang luar dan perlu memakai topeng muka jika ke tempat umum.
Bandar yang dipenuhi 11 juta penduduk itu kini lengang selepas hampir kesemua rakyatnya berkurung bagi mengelakkan jangkitan virus itu.
Terbaru, seorang pengguna Twitter memuatnaik video penduduk di sana yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Mereka membuka tingkap masing-masing dan saling melaungkan kata-kata semangat agar tidak berputus asa menghadapi hari-hari gelap itu.
“Ini merupakan gambaran di tengah Wuhan. Ramai tidak dapat ke hospital dan membuat rawatan sendiri di rumah. Mereka membuka tingkap masing-masing dalam cuaca sejuk dan memberi semangat antara satu sama lain supaya tidak berputus asa,” tulisnya.
“Video ini dari kawan saya di Wuhan yang sedang menerima rawatan selepas demam,” tulis @Hyde_Rio_Este.
“Wuhan, stay strong”: residents chanted out their windows as they tried to boost morale in the epicentre of the coronavirus outbreak pic.twitter.com/95GnwePAIW
— SCMP News (@SCMPNews) January 29, 2020
“Wuhan jia you”
Seorang wanita mengucapkan kata semangat dari rumahnya sambil teresak menangis.
その2 from Weibo pic.twitter.com/QYW1kedHuO
— はいど@上海🇨🇳 (@Hyde_Rio_Este) January 27, 2020
Sumber: Twitter