Siakap Keli
Kredit: Akki

(Video) Kelibat Anjing Jaga Jalan, Menyalak Tahan Kereta Bagi Budak Melintas Jadi Viral

Dikenali sebagai makhluk yang bijak dan setia, anjing sering dijadikan teman manusia yang boleh diharap. Haiwan ini sinonim dengan tugas menjaga dan mengawal tuannya dari segala anasir bahaya.

Baru-baru ini, tular sebuah video seekor anjing putih bertompok coklat yang didakwa menjaga keselamatan sekumpulan kanak-kanak dengan mengawasi kenderaan di jalan raya.

Dalam video dikongsikan Akki, anjing diberi nama Kupata itu mengejar dan menyalak pada kereta yang tidak berhenti di lintasan kuda belang.

Ia juga bertindak ‘menahan’ kenderaan untuk membolehkan kumpulan kanak-kanak itu melintas dengan selamat.

Tindakan berani anjing itu membahayakan diri sendiri mendapat pujian ramai warga maya.

“Kadangkala anjing lebih ‘manusia’.”

“Belajar dari anjing untuk memanusiakan manusia.”

“Saya tak faham kenapa anjing faham sedangkan manusia tidak faham.”

“Sesetengah anjing dilahirkan sebagai wira.”

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.