Siakap Keli

(Video) Korban Masa Demi Nyawa, Pekerja Kilang Buat ‘Mask’ Kerja Keras Pastikan Bekalan Cukup

Wabak penyakit koronavirus yang sedang menular di beberapa buah negara sememangnya membangkitkan kebimbangan dalam kalangan komuniti dunia. Apa tidaknya, koronavirus boleh menyebabkan kematian kepada penghidap virus ini.

Pelbagai langkah mencegah dilakukan bagi memastikan virus tersebut tidak mudah berjangkit. Antaranya ialah dengan pemakaian topeng muka yang dapat mengurangkan virus tersebut merebak.

Disebalik bekalan stok topeng muka yang berada di pasaran, terdapat usaha keras pekerja-pekerja kilang yang bertungkus-lumus membuat pengeluaran. Kerja mereka bertambah ekoran permintaan terhadap alat perlindungan ini bertambah.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh CGTN, pekerja perlu bekerja lebih masa bagi memastikan bekalan stok mencukupi. Malah, ada yang perlu mengorbankan masa sendiri dan bersama keluarga bagi memastikan pengeluaran ‘mask’ dapat dibuat setiap hari.

Beri jaminan harga tidak dinaikkan

Syarikat pengeluar itu juga memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga topeng muka walaupun permintaan terhadapnya tinggi. Mereka juga dengan rendah hati meminta maaf kepada semua pelanggan sekiranya terdapat kegagalan untuk menghantar bekalan pada kawasan tertentu.

Kami juga meminta maaf kepada semua pelanggan kerana kesemua bekalan topeng yang kami ada sekarang digunakan untuk dihantar ke Wuhan.

Gambar: CGTN

Sumber: CGTN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa