Siakap Keli

Billy ‘Pergi’ Juga, Tak Dapat Bertahan Kesan Kebakaran Teruk

Seekor koala yang comel telah menambat ribuan hati di seluruh dunia apabila ia diselamatkan daripada kebakaran hutan yang teruk di Australia.

Koala yang diberi nama Billy itu diselamatkan oleh sukarelawan dari Adelaide dan Hills Koala Rescue bulan lalu selepas ditangkap dalam kebakaran yang mengerikan sehingga menyebabkan sebahagian badannya terbakar teruk.

Rabu semalam, pengasuhnya mengumumkan bahawa koala yang disayangi telah mati akibat ‘tekanan’ kecederaannya.

“Kami mempunyai berita yang menyedihkan untuk dikongsi kepada semua.

“Billy kesayangan tidak mampu bertahan hingga ke akhirnya. Dia telah melakukan yang terbaik sehingga pada suatu hari dia tidak mampu melakukannya lagi,” katanya.

Page GoFundMe telah mengumpulkan sebanyak 401,982 Dollar daripada matlamat 350,000 Dollar untuk membantu menyokong para sukarelawan menjaga haiwan, doktor haiwan dan Perkhidmatan Kebakaran Negara Selatan Australia.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra