Siakap Keli

Khasiat Cengkih Mampu Rawat Pencernaan Serta Gigi Lebih Sihat

Cengkih digunakan sebagai kegunaan utama dalam masakan, antaranya adalah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambah rasa sedap.

Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih.

Selain menyedapkan masakan, dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli) dalam daging. Ini antara khasiat cengkih yang baik untuk kesihatan:

  1. Melegakan Masalah Pencernaan

Bunga cengkih mengandungi kandungan yang mampu memberi kelegaan kepada masalah penghadaman seperti muntah, cirit-biri, kembung perut dan sakit perut.

2. Mengelakkan Ulser Perut

Bunga cengkih mampu meningkatkan pengeluaran cecair gastrik dengan bertindak sebagai penghalang.

3. Meningkatkan Kesihatan Pergigian

Bunga cengkih berperanan sebagai perubatan tradisional yang mampu memberi manfaat kepada gigi untuk kelihatan lebih sihat dan bersih. Hasilnya sangat luar biasa, kandungan zat yang terdapat pada cengkih yang memiliki sifat antibiotik yang sangat ampuh dalam membunuh bakteri.

4. Melegakan Batuk

Mengunyah cengkih dapat menyembuhkan batuk yang disebabkan oleh gatal pada tekak. Rasanya mungkin sedikit tidak sedap dan pahit, tetapi kandungan kimia yang terdapat dalam cengkih adalah ekspektoran alami yang mampu untuk mencairkan kahak.

5. Mengekalkan Kesihatan Kulit

Cengkih mempunyai ciri-ciri antibakteria yang sangat membantu untuk mengekalkan kesihatan kulit. Ia mampu merawat masalah kulit seperti kesan parut jerawat, bintik hitam serta mempu menghilangkan kesan kedutan dan garis halus.

Sumber: thequint

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)