Angka kematian disebabkan oleh koronavirus terus meningkat seramai 170 orang dengan 7,711 kes yang dilaporkan di seluruh negara China setakat pagi ini.
Pegawai kesihatan dunia yang baru sahaja kembali daripada Beijing meluahkan kebimbangan mereka terhadap bahaya virus baharu yang telah merebak kepada orang ramai hingga ke luar daripada negara China.
Virus tersebut telah menjangkiti ramai orang di China berbanding dengan wabak SARS pada tahun 2002 hingga 2003. Rabu semalam, jumlah kes melonjak kepada 5,974 iaitu melepasi 5,327 orang yang didiagnosis dengan SARS.
Golongan saintis berkata bahawa masih banyak persoalan yang perlu dijawab mengenai virus baharu itu termasuk bagaimana ia boleh merebak dan betapa teruk keadaannya.
Virus terbaharu ini adalah dari ‘keluarga’ koronavirus yang termasuk dalam keadaan yang menyebabkan selsema atau masalah lain yang lebih serius seperti SARS dan MERS.
BREAKING: Coronavirus death toll rises to 162, the biggest daily rise in deaths since the beginning of the outbreak.
— The Spectator Index (@spectatorindex) January 29, 2020
BREAKING: Coronavirus death toll rises to 170
— The Spectator Index (@spectatorindex) January 30, 2020
Sumber: Radio.com