Siakap Keli

Abubacarr Jadi ‘Hero’ Etnik Rohingya, Berjaya Heret Aung San Suu Kyi Ke Mahkamah Dunia

Tindakan Menteri Keadilan Gambia, Abubacarr Tambadou membawa Aung San Suu Kyi ke Den Haag yang menafikan bahawa ketenteraan di negara tersebut telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai. Memandangkan perintah mahkahmah tertinggi PBB mengambil langkah untuk mencegah perbuatan tersebut.

Walaupun Gambia disifatkan sebagai sebuah negara kecil dengan misi yang besar apabila berani menfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap pemimpin Myanmar atas kekejaman mereka ke atas etnik Rohingya.

Menurut penceritaan individu yang masih terselamat berkata bau busuk mayat pembunuhan beramai-ramai mula dihidu oleh masyarakat sempadan Bangladesh dan Myanmar.

Kata Abubacar, apa yang dilihat di televisyen tidak seperti apa yang sedang berlaku di sana.

“Tentera dan orang awam pengikut Myanmar akan menyerang masyarakat Rohingya dengan membakar rumah, merampas bayi dari ibunya serta membakar secara hidup-hidup. Bukan itu sahaja, wanita di rogol dan menjadi mangsa kerakusan seksual lelaki.”

Masyarakat Rohingya adalah minoriti Islam dalam agama utama iaitu Buddha Myanmar.

Sama seperti Rwanda

Kejadian ini mengingatkan Abubacarr dalam satu tragedi Rwanda iaitu pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1994 yang telah membunuh seramai 800,000 orang. Tragedi tersebut sama seperti apa yang sedang berlaku terhada etnik Rohingya sekarang.

Matlamatnya adalah untuk memusnahkan etnik Rohingya di negara tersebut.

Sumber: AFP

Walaubagaimanapun, Myanmar menafikan kejadian pembunuhan secara beramai-ramai seolah-olah untuk membersihkan nama sebelum keputusan ICJ dikeluarkan.

Abubacarr Tambadou mengatakan bahawa ini tiada pilihan. Ini adalah merupakan sifat kemanusian selepas apa yang berlaku.

Tambahnya lagi, beliau sangat ‘jijik’ dengan apa yang diloihat dan didengar. Secara profesional, Myanmar harus bertanggungjawab terhadap tindakan dan ini adalah satu cara untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Selepas keputusan ICj dikeluarkan dan mengarah untuk menghalang perbuatan kejam tersebut, beliau terus memberitahu BBC bahawa beliau terlalu gembira.

“Saya rasa ini mewakili kemenangan undang-undang antarabangsa dan keadilan antarabangsa, dan ia adalah komuniti antarabangsa – seperti yang diwakili oleh ICJ – dengan kata-kata yang paling kuat bahawa pembunuhan beramai-ramai tidak akan diterima dalam apa jua keadaan oleh mana-mana pelaku.”

Myanmar dituduh melanggar konvensyen genosida (perbuatan kejam).

Ketika Abubacarr berucap di ICJ, dilihat Aung San Suu Kyi duduk mendengar.

Menurut Abubacarr, sekarang adalah masa untuk Gambia dikenali dunia dan menuntut semula kedudukannya di pentas dunia. Dari segi hak asasi manusia, beliau mempunyai cita-cita yang sangat berani.

Seperti kes ICJ, Gambia membuktikan pada dunia, setiap negara tidak perlukan kuasa ketenteraan atau kuasa ekonomi untuk menindas. Kewajiban undang-undang dan tanggungjawab moral perlu wujud di setiap negara, tidak kira besar atau kecil.

Sumber: BBC 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)