Siakap Keli

Lelaki Tua Baru Balik Dari Menoreh Getah Terduduk Lihat Rumah Hangus Terbakar

Siapa sangka hanya dalam sekelip mata seseorang itu hilang tempat untuk berteduh. Namun apakan daya, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.

Sangat menyayat hati, sebuah kiriman yang dimuat naik memperlihatkan gambar seorang penoreh getah yang sayu melihat rumah beliau habis dijilat api.

Gambar ini telah tular di laman media sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai warga netizen melihat keadaan pak cik tersebut yang dikatakan baru balik dari menoreh getah.

Menurut info dari orang ramai, kejadian itu dikatakan berlaku di Kampung Gerong Apal, Besut Terengganu. Kebakaran dipercayai berlaku pada waktu tempatan 9.15 pagi.

 

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)