Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perak Minta Kementerian Pendidikan Beri Perhatian Kepada Sekolah Usang

IPOH, 30 Dis (Bernama) — Kerajaan negeri Perak meminta Kementerian Pendidikan supaya memberi lebih perhatian terhadap sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan usang yang memerlukan pembaikan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata dalam konteks Perak, antara perkara yang memerlukan perhatian segera adalah berkaitan penyelenggaraan terhadap pendawaian elektrik selain bangunan sekolah yang telah usang, dan ada yang reput.

“Di Perak, sekolah-sekolah yang mengalami masalah seumpama itu bukan hanya sekolah luar bandar sahaja, tetapi juga yang berada di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini, hari ini.

Menurutnya ketika ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM94,500 bagi bantuan membantu penyelenggaraan lapan sekolah di Perak, dan antara sekolah yang menerima peruntukan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom, Kampar; Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, Pengkalan Hulu; SK Seri Aman, Taiping dan SK Chenderong Kelubi, Kampung Gajah.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.