Siakap Keli
Kredit: Bernama

18 Juta Sarung Tangan Perubatan Akan Dihantar Ke Wuhan

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) — Sebanyak 18 juta sarung tangan perubatan akan disumbangkan oleh 10 syarikat sarung tangan Malaysia untuk pekerja penjagaan kesihatan di Wuhan, China yang kini berhadapan dengan wabak 2019 novel koronavirus.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata sarung tangan perubatan getah asli dan getah nitril akan dihantar ke China secara berperingkat dengan penghantaran pertama dalam perjalanan ke Wuhan.

“Dua syarikat, Top Glove dan Supermax telah menyumbangkan 2.3 juta sarung tangan melalui pejabat dan pengedar tempatan mereka ke Wuhan.

“Syarikat-syarikat sarung tangan lain yang menyokong usaha kemanusiaan itu adalah Hartalega, MREPC, Smart Glove, Kossan, YTY, Brightway, Koon Seng dan Careplus,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan penyerahan sarung tangan perubatan oleh wakil syarikat terlibat kepada Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.