Siakap Keli
Sumber: Facebook

3 Maut Termasuk Bayi Lelaki Dalam Nahas Libatkan Dua Buah Kereta

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan,  Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Dua lagi cedera dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.

“Tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya sambil menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.57 tengah hari tadi.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas itu.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.