Siakap Keli
Gambar: Bernama

30,000 Penutup Hidung, Mulut Untuk Sekolah Rendah Parlimen Stampin – Chong

KUCHING, 31 Jan (Bernama) — Sebanyak 30,000 penutup hidung dan mulut akan diedarkan di semua sekolah rendah di kawasan Parlimen Stampin, dalam usaha membendung penyebaran 2019 novel koronavirus.

Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata pengagihan penutup hidung dan mulut itu dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini dan jumlahnya akan ditambah sekiranya terdapat permintaan.

“Kami berharap program kecil ini (mengedarkan penutup hidung dan mulut) akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terutama pelajar sekolah, untuk mencegah penyebaran virus ini,” katanya kepada pemberita selepas agihan penutup hidung dan mulut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Stapok, di sini, hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata program kesedaran adalah termasuk membimbing pelajar sekolah tentang kebersihan diri yang betul dan berharap inisiatif tersebut turut dicontohi organisasi lain.

“Selain daripada pihak pengurusan sekolah, kami juga berharap ibu bapa dan masyarakat umum secara keseluruhannya memainkan peranan mereka untuk mencegah penyebaran virus yang kini menjadi isu global,” katanya.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa