Menanti kelahiran bayi yang dikandung selama sembilan bulan adalah momen yang paling indah buat insan yang bakal bergelar ibu dan bapa.
Namun lagi indah pengalaman tersebut jika proses melahirkan bayi berlaku tanpa sebarang konflikasi berbahaya melibatkan ibu ataupun bayi.
Perkongsian @sybilreinna di laman Twitter miliknya menceritakan detik manis tentang perjalanannya melahirkan anak kedua tanpa rasa sakit berbanding anak sulungnya.
Alhamdulillah dah boleh balik rumah. Rasa macam dah share journey bersalin baby kedua ni dengan close friends tapi rasa nak share kat sini jugak. So ini adalah bebenang lahirkan baby tanpa sakit?
Tak kisah pun orang kisah or tak tentang pengalaman aku ni, anggap ja ni satu cara aku abadikan kenangan ni kat sini. Thank you sesiapa yang sudi baca.
Aktifkan minda separa sedar
Β Baby okay ja jantung, so doktor kata boleh balik dah tapi..
So sampai hospital check ctg baby ok ja jantung ok so doktor kata boleh balik tapi sebelum balik nak check bukaan bawah dulu sebab due dah dekat kan. Iols dah happy dah ni boleh balik dan baby sihat, ingat nak terus pi aeon makan Sushi King.
Masa check bukaan, doktor terkejut sebab dah 8cm. Aku rasa macam mustahil sebab masa Zafar dulu, 8cm tu la aku dah ready nak mati tanya doktor, betul ka doktor, saya tak rasa apa pun ni doktor. Doktor kata betul cepat jom masuk labor room.
Dah la mai hospital bawak zafar. Lenggang ja bawak phone dengan ICΒ ja so terus ke labor room. Naik atas katil, doc kata dah full bukaan and dah nampak kepala baby, cepat push. Maka, berhuhuhu lah aku heran nak teran apa ni?
Kalau yang dah bersalin mesti tau, nak teran tu kena ada bantuan contraction and kena ada urge to push. So apa yang nak bantu aku ni? Alhamdulillah masuk another doc kata takpa jom saya kira untuk awak push, teran macam sembelit tu.
Disebabkan aku memang dok rasa macam sembelit tiga hari ni, so aku pun teran la ikut doc tu. Maka keluarlah seketul Sybil lagi sempat lagi ngadu kat doktor lenguh kaki so tu lah ceritanya bersalin tanpa sakit aku. Thanks sapa baca sampai bawah senyap-senyap tu.
Sumber : Twitter Sybilreinna