Siakap Keli

“Dia Tolak Jadi Pengawas Kerana Obses Jaga Mikrofon Sekolah,” Kisah Abang Jaga Adik Autism

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gangguan autisme boleh berubat jika dapat dikesan dengan lebih awal. Sokongan dari keluarga terutamanya ibu bapa dapat membantu mereka proses pembelajaran dan tumbesaran mereka dengan mudah.

Ikuti perkongsian seorang abang yang mempunyai adik  penghidap mild autism dan bagaimana didikan yang diberikan oleh ibu bapanya terhadap anak istimewa itu.

Hidup dengan penghidap Autism

Adik saya yang kedua adalah seorang penghidap mild autism. Dia hanya muda setahun dari saya, jadi kami membesar bersama-sama.

Dia tidak bercakap walaupun satu patah perkataan sehingga dia berusia 5 tahun. Kemudian, ayah saya memutuskan untuk menghantarnya ke kelas khusus untuk membuatkan dia bercakap.

Pada ketika itu, kesedaran tentang penyakit autism ini adalah sangat rendah.

Dia mula bercakap tetapi tidak secara normal. Turutan  percakapannya adalah secara terbalik atau kadang-kadang ayat percakapannya tidak teratur dan bercampur-campur.

Ibu bapa saya bertegas untuk menghantar dia ke sekolah biasa. Menurut ibu bapa saya, mereka melayan dan menjaganya seperti anak normal yang lain.

 Pada masa itu saya tidak tahu menahu lagi tentang perkara ini.

 Kadang-kadang apabila ibu bapa bertanya sesuatu untuk membuatkan dia bercakap, saya akan menjawab  bagi pihaknya. Ibu akan suruh saya diam dan biarakn adik yang menjawab. 

 Apabila membesar dan mempunyai lebih ramai kawan, saya mulai sedar yang adik saya sebenarnya berbeza.

Dia…lain. Dia tidak memandang orang yang sedang bercakap dengannya. Dia juga boleh memberi tumpuan dan fokus terhadap sesuatu benda itu selam beberapa jam lamanya. Dia juga susah untuk bercakap. Dia seperti berada dalam dunianya yang tersendiri.

Setiap hari dia akan tinggalkan penselnya di sekolah dan setiap hari jugalah ibu akan menggantikan penselnya itu.

Selain itu, pernah sekali ayah mengajar kami berdua membaca Al-Quran. Adik saya enggan membaca Al-Quran tanpa sebab. Ayah marah dan malam tu kitorang kena pukul teruk.

Seperti dalam dunia khayalan dan bayangannya tersendiri

Dia seperti mempunyai dunia khayalan dan bayangannya yang tersendiri dalam fikirannya. Namun sisi buruk cerita saya bermula apabila saya Darjah 6, dari SK Taman Desa, Rawang ke SK Seksyen 9, Shah Alam.

Saya mempunyai kawan baik di dua-dua buah sekolah, namun sebaliknya yang berlaku kepada adik saya.

Saya menyuruhnya untuk bertindak secara normal. Saya tidak paham akan situasi yang berlaku pada ketika itu, apa yang saya tahu ialah adik saya seorang yang pelik. Saya okay je tapi saya tidak boleh melihat adik saya ditertawakan.

Selepas itu, dia mendapat tawaran untuk belajar di STAR, tapi ayah membuat rayuan untuk membolehkan dia untuk masuk ke Sains Faris Petra dengan saya.

Sebagai senior, saya boleh memerhatikan dia. Saya sepatutnya memerhatikan dia di sekolah itu, namun dia dia dalam keadaan baik dan okay sahaja.

Guru ada mengakui yang dia agak aneh namun saya rasa sepanjang lima tahun persekolahannya adalah normal dan tidak begitu ‘aneh’.

Bukan itu sahaja, dia telah menolak kedudukan sebagai Ketua Pengawas kerana dia terlalu obses dengan tugas menjaga mikrofon sekolah.

Dia juga merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolah, menjadi mentor dan mempunyai ramai kawan yang baik.

Sementara saya, abang yang agak nakal dan problematic di sekolah. Saya sangat bangga dengan adik saya.

Namun, saya pernah hampir memukulnya dengan kayu golf kerana dia tidak memandang saya sewaktu bercakap. Betapa bodohnya saya pada waktu itu, tambahan pula dia memang selalu dia bercakap seperti itu. Saya hampir sahaja memukulnya kerana merasakan dia sangat biadap.

 Dia tidak menghormati saya ketika bercakap. Kemudian, dia mendapat tawaran ke Belfast atas biasiswa universiti dalam bidang Sains Aktuari. Ibu bapa saya gembira tetapi bimbang macam mana dia nak tinggal seorang diri di luar negara memandangkan saya di Manchester pada ketika itu.

My mom was freaking out, tapi saya menenangkan dia dengan berkata adik akan baik-baik sahaja.

Walaubagaimanapun, sudah semestinya saya membantu dia untuk menguruskan semuanya di Belfast. Selepas selesai pindah masuk ke penginapan, saya cuba untuk buatkan dia berkawan dengan kawan-kawan baru di sana. Saya masak, aturkan makan malam dan jemput kawan-kawan dia dan berharap mereka mula membuat kawan dan start to know each other.

 Adik saya tidak tahu untuk membaca emosi atau gaya tubuh manusia, dia hanya suka bercakap tentang apa yang dia suka dan minat yang mana membuatkan kawan-kawannya bosan. Kadang-kadang saya terpaksa campur, namun bila difikirkan balik apa yang saya lakukan itu salah.

Pada hari terakhir saya di Belfast, saya tengok status Facebooknya yang tertulis “the person that you love the most is the one destroying you”.

 Kemudian, saya terus tanya tentang apa yang dah terjadi dan siapa yang telah melukakan hati dia sehingga dia membuat status seperti itu.

Lama kemudian baru dia menjawab, “You”.

Berkecai hati saya ketika itu, saya …

Berkecai hati saya ketika itu, saya tidak menyangka bahawa jawapan itu yang bakal keluar dari mulutnya.

Dia kata dia mengidolakan saya, dia memandang saya, tetapi saya tidak pernah faham dia. Saya mahu dia menjadi orang lain dan libatkan diri  dalam kes-kes disiplin, saya pergi ke pub dan terlalu bebas. Saya berusaha keras untuk menjadikannya normal.

Tenyata itu semua telah menghancurkan dia.

Kemudian, saya kemas barang untuk terus balik ke Manchester, kebetulan flight untuk balik memang hari itu.

Saya memeluknya sambil tersenyum dan ketika saya berada di dalam bas, saya menangis. Apabila saya berada dalam penerbangan balik ke Manchester, pun saya menangis. 

9 tahun kemudian, kita baik. Kami menjadi rapat. Sebenarnya, saya lebih memahami dia berbanding sebelum ini dan dia mendapatkan tips dating daripada saya. Dia masih bergelut dengan emosi manusia.

Ibu ada menceritakan tentang malam kejadian yang membuatkan saya menangis.

“Dia sedang belajar tentang awak dan diri sendiri seperti yang awak pelajari tentang dia dan diri awak. Jika dia tidak berputus asa dan terus mencari cara untuk mendekatkan diri dengan awak, awak pun boleh melakukan perkara yang sama.”

Dia telah lulus dalam Sains Aktuari, mendapat kenaikan pangkat dan telah membeli sebuah rumah.

The point is untuk meningkatkan kesedaran tentang Austism.

Sumber : Izzatsalihuddin

Nurul Alia Ali