Siakap Keli

Itali Isytihar Darurat Selepas Dua Pelancong Warga China Positif Koronavirus

Kerajaan Itali telah mengisytiharkan darurat berikutan dua pelancong China di Rom disahkan positif koronavirus.

Pasangan suami isteri itu dikatakan telah tiba di Milan pada 23 Januari dan menghabiskan 10 hari terakhir lawatan ke Itali, termasuk berhenti di Parma.

Pasangan ini telah diasingkan di hospital Spallanzani di Roma iaitu sebuah pusat pakar untuk merawat penyakit berjangkit.

Sehubungan dengan itu, Itali telah menggantung semua penerbangan ke dan dari China atas penularan virus tersebut yang berasal dari Wuhan, China.

Dikatakan hampir 7,000 orang terkurung di kapal pelayaran di pelabuhan Civitavecchia, utara Rom, selepas dua kes disyaki koronavirus dikesan di atas kapal.

Walau bagaimanapun ujian pada kedua-dua pelancong dari Hong Kong terbukti negatif dan penumpang dibenarkan turun di pagi hari 31 Januari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan antarabangsa akibat koronavirus, kerana angka kematian melepasi 200, dengan UK mengumumkan kes pertama virus tersebut.

Sumber: Reuters

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)