Siakap Keli
Gambar: TribunBatam

Kerap Kali Diejek Gemuk, Lelaki Dipercayai Bunuh Dan Mayat Wanita

Disebabkan tersinggung setelah beberapa kali diejek gemuk, seorang remaja lelaki bertindak membunuh seorang perempuan dan membakar mayatnya.

Kejadian yang berlaku di Kecamatan kabat, Banyuwangi, Jawa Timur telah menghebohkan komuniti setempat dengan penemuan mayat perempuan tersebut. Sebelum dibakar, mangsa dipercayai telah dibunuh terlebih dahulu,

Perkara ini kerana didapati terdapat luka lebam bekas cekik di leher mangsa sehingga menyebabkan kehabisan oksigen. Kematian seorang wanita itu diandaikan bahawa mangsa sakit hati dengan mangsa.

Kami menduga, pelaku mungkin sakit hati apabila sering diejek ‘Boboho’ yang membawa maksud tubuh yang gendut.

Mayat wanita berkenaan telah ditemui di kawasan jerami dengan keadaan yang hangus terbakas. Menurut laporan Kompas TV, jenazah telah ditemukan pada 25 Januari.

Walaupun mengetahui perbuatannya itu salah di sisi undang-undang, suspek berkenaan seperti tidak mengendahkannya. Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh portal TribunBatam, lelaki itu hanya tersenyum sambil mengunyah makanan.

Sumber: TribunBatam

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.