Siakap Keli

Koronavirus Mula ‘Serang’ United Kingdom,Sahkan Kes Pertama Jangkitan

LONDON, 31 Jan (Bernama) — Dua kes novel koronavirus disahkan di United Kingdom (UK), kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

“Kita mengesahkan dua pesakit di England adalah daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus,” lapor agensi berita Anadolu memetik ketua pegawai perubatan untuk England, Chris Whitty.

Beliau berkata UK telah bersedia dengan langkah-langkah mengawal jangkitan penyakit.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan komuniti antarabangsa untuk memastikan kami bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan,” kata Whitty.

Menurut pegawai itu lagi, Britain pada Jumaat membawa pulang kira-kira 150 warga Britain dan EU yang berada China dan mereka akan dikuarantin selama dua minggu.

Koronavirus telah mengorbankan sekurang-kurangnya 213 orang di China, dengan hampir 10,000 dijangkiti manakala lebih 80,000 lagi berada di bawah pemantauan.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)