Siakap Keli

Koronavirus: Singapura Tutup Pintu Masuk Untuk Semua Pelancong Dari China

Singapura akan menutup semua pintu masuk khususnya kepada pelancong dari China, termasuk pelancong asing yang pernah berkunjung ke China sepanjang 14 hari yang lepas. Singapura kini merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang berbuat demikian bagi membendung penyebaran koronavirus.

China merupakan antara rakan dagangan terbesar Singapura dan kebanyakan pelancong dari China gemar memilih Singapura sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka. Angka daripada Lembaga Pelancongan Singapura menunjukkan sebanyak 248,000 pelancong dari China telah memasuki negara itu pada November lepas, manakala jumlah keseluruhan pelancong China pada 2018 pula adalah sebanyak 3.42 juta.

Penggantungan visa pelancong China akan berkuatkuasa serta merta, sementara larangan untuk memasuki ke Singapura pula akan bermula pada Sabtu tepat jam 11.59pm.

Sehingga ke Jumaat (31/1/2020), Singapura telah mencatat 13 kes positif koronavirus, dan kesemua yang dijangkiti adalah pelancong dipercayai dari Wuhan.

Sumber: SCMP

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.