Siakap Keli
Gambar : Bernama

Rakyat Malaysia Bayar Kadar Tol PLUS Lebih Rendah Mulai Esok

Rakyat Malaysia khususnya pengguna rangkaian lebuh raya di bawah seliaan konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bakal membayar kadar tol yang lebih rendah bermula esok, iaitu 1 Februari.

Memetik Twitter Bernama TV, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 17 Januari lalu telah menyatakan, pengurangan sebanyak 18 peratus merangkumi Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) dan Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite).

Selain itu, turut termasuk adalah Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH).

Manakala, Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP) juga turut terlibat dalam pelaksanaan pengurangan kadar tol.

Sumber : Bernama TV

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra