Siakap Keli
Gambar: Jabatan Pertanian Malaysia

Selalu Kelihatan Menjalar Di Pagar Rumah, Khasiat Tumbuhan Patawali Ramai Tak Sedar

Jika bercakap mengenai tumbuhan herba, pastinya ramai yang mengakui bahawa dapat memberikan khasiat yang baik terutamanya kepada tubuh badan. Terdapat pelbagai tumbuhan herba yang ‘mendiami’ di bumi Malaysia, namun tidak semua sedar akan kewujudannya. 

Tumbuhan herba kebiasaannya dimanfaatkan oleh orang Melayu dan orang Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Selain itu, banyak juga tumbuhan herba yang dijadikan makanan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Pun begitu, terdapat juga tumbuhan herba yang tidak boleh dimakan, tetapi digunakan untuk menghasilkan minyak atau dipuput sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.

Antara tumbuhan herba yang sering dilihat di Malaysia ialah tumbuhan Patawali. Tumbuhan yang juga dikenali dengan nama Akar Seruntun atau nama saintifiknya Tinospora Crispa adalah tergolong dalam famili Menispermaceae. Ianya dapat dilihat menjalar di pagar-pagar dan kawasan rumah terbiar terutamanya di kawasan pedalaman.

Gambar: Jabatan Pertanian Malaysia

Memetik sumber Jabatan Pertanian Malaysia, tumbuhan ini mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat kepada ramai orang. Ianya terbukti apabila dianggap sebagai pokok herba kerana banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu. Antara khasiat utama tumbuhan ini ialah membantu dalam pemprosesan glukosa dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh badan. Ia juga mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk memerangkap radikal bebas dari merosakkan sel-sel dan fungsi tubuh badan.

Tinospora Crispa telah digunakan untuk pelbagai rawatan seperti demam, tekanan darah tinggi, luka, cacing usus, jangkitan kulit dan juga hiperglissemia. Selain itu, Tinospora Crispa juga digunakan untuk merawat kencing manis dalam bentuk abstrak akueus disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah.

Gambar: Jabatan Pertanian Malaysia

Sememangnya tumbuhan herba ini memberikan banyak khasiat kepada ramai orang. Namun, tidak semua rajin untuk mendapatkan tumbuhan ini dan memproses sehingga mendapat manfaatnya. Tapi, anda semua jangan risau kerana terdapat satu produk yang menggunakan tumbuhan herba ini sebagai bahan utamanya.

Produk yang dimaksudkan ialah minuman kopi pra-campuran Milagro Coffee yang mudah didapati di pasaran. Milagro Coffee merupakan minuman kopi pra-campuran pertama di Malaysia yang berjaya merumuskan tumbuhan tersebut. Ianya boleh menghasilkan keseimbangan rasa yang sedap, berlemak dan sangat berkhasiat terutamanya dalam campuran kopi Arabica dan Robusta.

Minuman ini juga mengandungi bahan-bahan berkhasiat yang lain seperti halia, lada hitam dan garam gunung yang mampu mempertingkatkan khasiat Milagro Coffee. Pengguna boleh mendapat pelbagai manfaat daripada minuman ini dengan hanya 2 kali pengambilan pada setiap hari. Milagro Coffee juga sesuai untuk dijadikan minuman harian sekeluarga untuk membantu menguatkan tubuh badan dan minda yang kuat.

Gambar: Milagro Malaysia

Produk ini merupakan keluaran Aqid Aqila Resource Sdn. Bhd iaitu syarikat milik penuh bumiputra. Bagi pelanggan yang ingin mencubanya, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM57 sekotak yang mengandungi 20 sachets.

Dengan adanya Milagro Coffee, anda sudah tidak bersusah payah untuk memperolehi tumbuhan Patawali bagi mendapatkan manfaatnya. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan produk ini dengan pantas supaya tidak terlepas daripada khasiat Patawali yang baik untuk tubuh badan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.milagromalaysia.com atau melayari Facebook Milagro Malaysia atau Khasiat Patawali serta Milagro Coffee Kopi Patawali.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa