Siakap Keli
Kredit: Google

Selepas 2 Kes Koronavirus, Giliran Itali Dilapor Gantung Penerbangan Dari & Ke China

Itali, 31 Jan – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan semua penerbangan dari China dihentikan bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus, lapor CNN.

“Kami mempunyai dua kes disyaki koronavirus dan baru menerima maklumat baru. Kedua-dua kes telah disahkan (positif),” katanya di sidang media bersama Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza semalam.

Susulan itu, kerajaan Itali bertindak menyekat semua penerbangan dari dan ke China. Perkara berkenaan turut dimuat naik di akaun twitter rasmi Kementerian Kesihatan Itali.

“Setakat yang kami tahu, kami merupakan negara Kesatuan Eropah pertama yang melakukan langkah berjaga-jaga ini,” katanya kepada wartawan di Rom.

Keputusan itu dikeluarkan setelah pihak berkuasa Itali mengesahkan dua pelancong China di Itali positif koronavirus.

Kedua-dua pesakit sedang dikuarantin di hospital tempatan, kata pegawai kesihatan Itali seperti dilaporkan CNN.

Sumber: CNN, Sputnik News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.