Siakap Keli
Gambar Hiasan via treehugger

Suhu Panas Melampau Dijangka Landa Australia Minggu Ini, Beri Risiko Kebakaran Semula Hutan

Fenomena gelombang panas melampau dilaporkan akan melanda bumi Australia bermula hari ini dengan suhu 45C dan ianya memberikan peningkatan risiko kebakaran hutan.

Mercury akan melanda di barat Sydney dengan suhu 38C, dan Melbourne akan menjadi ibu negara terpanas ketika suhu melambung sehingga 43C. Keadaan ini akan menjejaskan pertandingan Terbuka Australia yang sedang berlansung.

Gambar: Daily Mail

Pihak pengendali tenaga telah mengeluarkan amaran tahap dua untuk bandar Victoria bagi menggalakkan penjanaan elektrik  bagi menyokong keperluan pendingin hawa oleh penduduk setempat.

Sehingga ke hari Jumaat, tiada lagi pemotongan kuasa dilaporkan namun pengendali tenaga kuasa berkata perkara itu mungkin berlaku.

Gelombang panas itu juga dijangka akan diikuti oleh kelembapan yang melampau dan berisiko untuk banjir kilat di Victoria pada hari Ahad.

Gambar Hiasan via Daily Mail

Utara Victoria pula akan menjadi bahagian terpanas dengan suhu sehingga 45C. Bahang haba tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran semula selepas satu minggu mengalami cuaca yang lembab.

Di New South Wales pula, para petugas pemadam kebakaran sedang bersiap sedia sekiranya terpaksa kembali dengan keadaan panas dan kering yang boleh menyebabkan kebakaran.

Pihak berkuasa juga telah membuat larangan bagi sebarang kebakaran bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.