Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Suka Makan Rambut Sendiri, Gadis Jalani Pembedahan Keluarkan Gumpalan Rambut Seberat 500 Gram

Boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai tabiat tersendiri yang sering dilakukan. Pelbagai tabiat dapat dilihat di sekeliling masyarakat dan tidak kurangnya juga terdapat tabiat-tabiat yang pelik.

Menurut portal Aninews.com, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mempunyai tabiat yang sangat pelik sehingga tidak pernah disangka-sangka. Perkara ini kerana remaja berkenaan gemar menjamah rambutnya sendiri.

Remaja di India itu dikatakan mempunyai masalah trauma sehingga menyebabkan dia sering memakan rambutnya. Tabiat buruk yang diamalkannya itu mengundang padah apabila terpaksa membuat pembedahan mengeluarkan semua rambut yang telah dimakan.

Setelah pembedahan dibuat, doktor telah berjaya mengeluarkan rambut seberat 500 gram dari perut gadis berkenaan.

Doktor yang menjalankan pembedahan itu juga turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka terutamanya yang mempunyai masalah trauma.

Gadis berkenaan kini telah pulih daripada pembedahannya tetapi masih memerlukan sokongan psikiatrik.

Sumber: Aninews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.